"Tersohor 2010"
SK. Nyior Chabang  
 
  Sejarah Sekolah 06/09/2025 7:42am (UTC)
   
 
SEJARAH SEKOLAH

    Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang terletak dalam Mukim Bohor, Langkawi Kedah. Jarak dengan Pekan Kuah ialah 18 km. Pekan kecil yang terdekat ialah Pekan Padang Matsirat, di mana jaraknya Cuma 5 km. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1962. Pada tahun tersebut sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan dan dua bilik darjah sahaja. Pada mulanya murid-murid yang belajar di sekolah ini hanya sehingga darjah empat. Seterusnya mereka akan menyambung pelajaran mereka ke darjah lima dan enam di Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat kerana sekolah ini di bawah pentadbiran sekolah tersebut.
    Pada tahun 1984 sekolah ini mempunyai enam bilik darjah yang terdiri daripada darjah satu hingga
darjah enam. Pada tahun itulah sekolah ini mempunyai pentadbiran sendiri dengan mempunyai empat kakitangan tenaga pengajar.
    Hasil kepesatan dan perkembangan penduduk persekitaran maka dapat mempengaruhi perubahan fizikal dan enrolmen murid sekolah ini. Setiap tahun berlaku penambahan enrolmen muridnya. Maka pada 1 September 2002 sekolah ini dinaikkan gred daripada sekolah gred B ke sekolah harian gred A.

    Sekolah ini dinamakan ‘Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang’ bersempena dengan nama kampung ini, Kampung Nyior Chabang. Dipercayai pada suatu masa dahulu terdapat sebatang pokok kelapa atau nyiur yang bercabang dua tumbuh di kampung ini. Sekolah dan kampung ini dinamakan sempena dengan pokok kelapa atau nyiur tersebut.
























Renungan
;
Sabda Rasulullah s.a.w : "Amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t adalah secara berterusan walaupun sedikit"
 
  Buletin SKNC
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hakcipta terpelihara, Team SKNC_08
  Makluman
Sempena peperiksaan UPSR, murid tahap 1 adalah dibenarkan bercuti. Manakala murid tahun 4 dan 5 bersekolah seperti biasa.
  Selamat Hari Lahir
aweew
  Berita Semasa
Peperiksaan UPSR sedang berjalan bermula 9/9 hingga 11/9/08
Today, there have been 3 visitors (5 hits) on this page!
SEPAKAT MEMBAWA BERKAT This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free